PROGRAM BELIA MASJID AL-MUTTAQIN

​Memakmurkan masjid bertujuan merealisasikan pembinaan kemudahan dan aktiviti yang dilaksanakan sebaik-baiknya. Masjid Al Muttaqin Taman Meru, merasa bahawa perlunya program-program yang boleh mengimarahkan masjid terutamanya di kalangan belia-belia.

Mengambil dari pepatah Melayu “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” maka perlaksanaan program-program belia akan dimulakan dari umur 15 tahun hingga 40 tahun. kerana selain mudah terpengaruh mereka juga masih boleh dibentuk dan diberi kefahaman serta masih memerlukan bimbingan peringkat awal. Projek ini dipilih kerana ianya bersesuaian dengan misi dan visi Masjid Al Muttaqin iaitu melakukan aktiviti ibadah dan kebajikan, kemasyarakatan, menyumbang tenaga kepada masyarakat Islam, menjana masyarakat Rabbaniah dan mengembangkan misi Rahmatan lil ‘alamin melalui kewujudan golongan belia yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya serta mempunyai nilai-nilai murni bagi kepentingan pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara. Selain mampu memberikan khidmat kepada masyarakat setempat khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Antara matlamat lain penubuhan persatuan adalah:

  1. Salah satu landasan untuk mengimarahkan masjid
  2. Mewujudkan silaturrahim dikalangan belia-belia dan penduduk di seluruh kawasan masjid-masjid dan surau-surau di Taman Meru, Ipoh
  3. Mewujudkan rasa kasih sayang serta percaya mempercayai antara satu sama lain melalui aktiviti yang dijalankan
  4. Membimbing anak-anak memahami Islam
  5. Menambah ilmu dan kemahiran anak-anak dalam bidang lain selain akademik
  6. Menanam sifat pentingnya hidup bermasyarakat dan kejiranan
  7. Memupuk semangat berdaya saing dalam aspek yang positif
  8. Menyediakan aktiviti tambahan yang berfaedah pada masa lapang
  9. Menanam sifat kepimpinan dalam diri belia-belia
  10. Membina dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga belia-belia
  11. Membina pekerjaan dan mendapatkan peluang-peluang perekonomian belia-belia
  12. Berusaha menjadikan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan bebas dari sebarang perpecahan serta berusaha membetulkan tanggapan atau paradigma ummah terhadap peranan masjid sebenar

cf7d51 2a3b1805fb09493d931974e68a322df3mv2 cf7d51 6a30f2aa311a4aa0b89cee6b401a642fmv2

Pendapat Anda

Hubungi Kami

logo Masjid Al-Muttaqin,
Taman Meru,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
  Tel. : 05-5275159
  E-mel : masjidalmuttaqinmeru*et*gmail.com