cf7d51 74938501d74e436d8f646989351783dcmv2cf7d51 ff2052de55a146a4a07875872f3a7125mv2salam

Assalamualaikum            
 

Secara tuntasnya, Masjid Al Muttaqin bukan sahaja dilihat sebagai tempat beribadat dan membaca al-Quran tetapi sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan, kemasyarakatan, kebajikan serta untuk kepentingan dan pertemuan bagi orang Islam. Masjid ini juga berperanan sebagai sumber pertumbuhan tunas-tunas Islam selanjutnya memantapkan lagi fungsi tradisi masjid sebagai pusat dakwah, pembangunan ilmu dan sains Islam. Namun, bagaimanakah fungsi masjid ini dapat digarapkan secara sempurna agar seluruh generasi muslim mendapat kemanfaatannya.

Sirah nabi Muhammad S.A.W. jelas menunjukkan bahawa masjid berperanan membina dan memacu pembangunan ketakwaan umat Islam. Masjid juga sebagai lambang keutuhan dan kekuatan umat Islam. Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah.

Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Justeru itu, setiap individu Muslim seharusnya menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini terutamanya mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Ini adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak dalam melaksana pengurusan masjid.

​Fokus utama Bahagian Pengurusan Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Ipoh adalah untuk menjadikan masjid zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti membangun ummah.Ia juga untuk memastikan masjid-masjid dan surau-surau berada dalam keadaan baik dan selesa untuk umat Islam beribadat dan mengadakan program-program pengimarahan.

​PENGERUSI MASJID AL MUTTAQIN,

Pendapat Anda

Hubungi Kami

logo Masjid Al-Muttaqin,
Taman Meru,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
  Tel. : 05-5275159
  E-mel : masjidalmuttaqinmeru*et*gmail.com