Ziarah Biro Kebajikan ke rumah Jemaah

20 Dis 2018.  Biro Kebajikan Masjid Al-Muttaqin Taman Meru yang diketuai oleh Tuan Haji Samion b Sarip bersma lapan lagi jemaah telah berkunjung ke rumah Tuan Haji Nawawi di Persiaran Bukit Meru 9 selepas waktu Asar hari ini. Kunjungan ini adalah sebagai ziarah untuk memperkukukkan silaturrahim dan mengeratkan ukhwah. Kunjungan ini merupakan amalan biasa biro ini apabila mendapat berita mana-mana jemaah kita yang menerima musibah atau ujian dari Allah Subhanahuwataala. Ziarah seperti ini adalah suatu cara bira ini menyampaikan  semangat dan sokongan moral mau pun bantuan kepada jemaah yang sakit dan sebagainya.

Di ceritakan bahawa Tuan Haji Nawawi baru sahaja menjalani pembedahan jantung untuk kali kedua pada tahun ini. Beliau mengalami masalah pada injab pada jantungnya. Tiga dari injab jantungnya yang bermasalah telah dibaiki oleh pakar jantung di IJN kuala Lumpur pada 

      20181220 172253120181220 1734331

20181220 1742511

13 November 2018 yang lalu. Belaiu menyatakan syukur kerana telah menjalani pembedahan dengan jayanya kerana beliau tidak ada penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagai nya. Sekarang   ini beliau terpaksa akur dengan arahan doktor serta pantang larang yang dikenakan. 

Tahun 2018 ini merupakan tahun yang malang buat Tuan Haji Nawawi kerana pada tahun ini sahaja beliau   telah menjalani tiga kali pembedahan. Pada awal bulan Januari tahun ini beliau dibedah jantungnya buat pertama kali di IJN. Kemudian pada bulan Mei sekali lagi belaiu melalui pembedahan kerana diserang buasir. Apabila beliau mengalami kemerosotan kesihatan khususnya sewaktu bernafas, beliau dikerahkan ke IJN untuk pembedahan jantung buat kali berikutnya. Ini berlaku pada 13 Nov 2018. Setelah sebulan berlalu maka kesihatan nya beransur pulih seperti dalam foto di atas.

Dua hari sebelum itu (Isnin 17 Dis 2018), ahli-ahli jemaah biro kebajikan ini juga menziarahi Tuan Haji Abdul Rahman b Mohd Noor di rumahnya. Beliau juga telah menjalani pembedahan usus di KPJ Ipoh pada 30 Okt 2018. Selama seminggu beliau berkampong di hospital itu. Beliau tidak menyedari akan penyakit yang menyerangnya kerana hampir dua bulan mengalami buang air besar yang tidak lawas. Akhirnya bila dibuat pemeriksaan di KPJ maka sahlah penyakitnya mesti dibedah segera. Namun selepas menjalani rawatan ini beliau masih lagi belum pulih keseluruhannya.

20181217 172006            20181217 172241

20181217 174400

Pendapat Anda

Hubungi Kami

logo Masjid Al-Muttaqin,
Taman Meru,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
  Tel. : 05-5275159
  E-mel : masjidalmuttaqinmeru*et*gmail.com