PERSATUAN KEBAJIKAN AM TAMAN MERU, IPOH (PAKATAN)

Persatuan Kebajikan Am Taman Meru, Ipoh (PAKATAN) ditubuhkan pada 6.10.1985.

PAKATAN adalah sebuah persatuan kebajikan ditubuhkan bertujuan:

  1. Memberi bantuan apabila berlaku kematian ahli, waris ahli dan tanggungannya.
  2. Menyemaikan sikap dan budaya bantu-membantu, ziarah-menziarahi antara ahli-ahli semasa berlakunya kematian atau apabila ditimpa musibah.
  3. Berusaha dengan sedaya-upaya untuk meningkatkan ekonomi ahli, membolehkan Persatuan memiliki harta berupa tanah, bangunan dan sebagainya untuk faedah ahli.
  4. Menunaikan kewajipan-kewajipan yang dituntut oleh Islam semasa kematian ahli atau tanggungannya.
  5. Meningkatkan kefahaman ajaran Islam di kalangan ahli.
  6. Mengadakan tabung kebajikan dengan tujuan untuk diberikan bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan.

Keahlian

  1. Keahlian terbuka kepada warnegara Malaysia lelaki atau perempuan yang beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas tetapi tidak lebih daripada 60 tahun.
  2. Pemastautin yang tinggal di Taman Meru atau kariah Masjid Al-Muttaqin termasuk petempatan baru serta kampung dari pekan Silibin hingga ke pekan Chemor layak memohon menjadi ahli.

Pendaftaran

Bayaran pendaftaran untuk menjadi ahli ialah RM 15.00.

Yuran Tahunan

Yuran tahunan ialah RM 15.00.

Faedah Bantuan Kematian:

  1. Atas kematian ahli:  RM 400.00
  2. Atas kematian suami atau isteri ahli:  RM 400.00
  3. Atas kematian tanggungan ahli:  RM 150.00.

Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung

Mesyuarat Jawatankuasa diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali dan Mesyuarat Agung 2 tahun sekali.

Aktiviti & Semasa

  1. Mengadakan moreh dalam bulan Ramadan, sumbangan kepada anak-anak yatim dan OKU serta jamuan Hari Raya Aidilfitri. Untuk tujuan aktiviti yang disebut sebagai Program 3 Serangkai ini, dibuat kutipan daripada ahli-ahli yang membuat infak secara sukarela.
  2. Anak-anak ahli yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam UPSR, PT3 (PMR), SPM, STPM, STAM dan Matrik diberi penghargaan dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri.
  3. Kain kafan dan peralatan pengkebumian disediakan dengan harga yang lebih rendah.
  4. Menyediakan Skim Insurans Kelompok Takaful tiap-tiap tahun.
  5. Keahlian setakat ini berjumlah 630 orang.
  6. Jawatankuasa Tahun 2017 Hingga 2019:

 

Yang Dipertua Dato’ Hj. Kamarul Zaman bin Abdul Hamid
Naib Yang Dipertua Tuan Hj. Hasan bin Abdullah
Setiausaha Tuan Hj. Shahrudin bin Mat Asik
Penolong Setiausaha Tuan Hj. Shaharuddin bin Mohamed Yusof
Bendahari En. Idris bin Saad
AJK 15 orang  
Taman Meru 1A En. Wan Yusof bin Marzuki
Taman Meru 1B Tuan Hj. Khairul Anuar bin Mohd. Nali
  En. Mohd. Naqiuddin bin Aminuddin
Taman Meru 2A Tuan Hj. Megat Yunus bin Megat Dahalan
Taman Meru 2B Tuan Hj. Umar bin Jalil
  En. Abdul Wahab bin Abdul Karim
Taman Meru 2C Tuan Hj. Ismail bin Abdul Hamid
Meru Heights En Ghazali bin Hj. Ismail
  Tuan Hj. Jamaludin bin Hj. Mat
Taman Meru 3C Tuan Hj. Abdullah Aziz bin Nikia
Taman Jati dan Meru Jaya Tuan Hj. Zainal Abidin bin Osman
Meru Raya En. Mazlan bin Mohamad Zaki
AJK lain Puan Hjh. Lily Zaiton Norazyze binti Abdul Rahim
  Puan Hjh. Aini binti Hj. Ashaari
  Puan Kartini binti Mohamad Rifin
Pemeriksa Kira-Kira En. Mohd. Hamka bin Abdul Aziz
  En. Abdul Razak bin Khalid

 

 

Inisiatif Projek Strategik
Kumpulan Ahli Pemikir Masjid Al Muttaqin
(PROGRAM KOMUNITI)

Pendapat Anda

Hubungi Kami

logo Masjid Al-Muttaqin,
Taman Meru,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
  Tel. : 05-5275159
  E-mel : masjidalmuttaqinmeru*et*gmail.com