urusan pernikahan salamPENGENALAN

Dibawah pengurusan Masjid Al Muttaqin beberapa Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ ini menggariskan peraturan peraturan pentadbiran yang perlu diikuti oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ dalam melaksanakan Akta/Enakmen/ Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri mengenai perkahwinan, perceraian dan ruju’.

TAFSIRAN

Dalam Prosedur Pentadbiran ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan:

  • ​'Beristeri' ertinya mempunyai isteri.
  • 'Iddah' ertinya tempoh menanti yang diwajibkan ke atas isteri yang diceraikan oleh suaminya, atau yang mati suaminya.
  • 'Tempoh Bermastautin' ertinya tinggal dalam sesuatu kawasan tertentu sekurangkurangnya 90 hari atau mengikut budi bicara Pendaftar.
  • 'Teruna' ertinya lelaki yang belum pernah berkahwin mengikut Hukum Syarak.
  • 'Wali Mujbir' ertinya bapa atau datuk lelaki sebelah bapa. 'Negeri' ertinya negeri-negeri di dalam Malaysia.
  • 'Luar Negeri' ertinya luar negara. 'Tempat Lain' ertinya di luar kariah masjid atau dalam mana-mana negeri.

Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
  • Keputusan Saringan HIV kedua-dua bakal pengantin.
  • Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan (jika pemohon seorang lelaki).
  • Surat perakuan cerai (jika pemohon bercerai hidup).
  • Surat perakuan mati (jika pemohon bercerai mati).
  • Surat akuan memeluk agama Islam (jika saudara baru).
  • Surat kebenaran daripada Jabatan polis (jika pemohon anggota polis).
  • Surat kebenaran dari angkatan Tentera (jika pemohon anggota tentera).

 

PERTANYAAN DAN KEMUSKILAN BOLEH BERHUBUNG:

USTAZ SUPARNUR B. MOHD ARJOR

Pendapat Anda

Hubungi Kami

logo Masjid Al-Muttaqin,
Taman Meru,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
  Tel. : 05-5275159
  E-mel : masjidalmuttaqinmeru*et*gmail.com