latar belakang sejarah masjidLATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID

latar belakang sejarah masjidMasjid Al Muttaqin,Taman Meru ini telah mula dibina pada tahun 1990 yang beralamat di di Jalan Bukit Meru, Taman Meru, 30200 Ipoh Perak Darul Ridzuan. Lokasi ini meliputi kawasan yang diwartakan, berkeluasan 186102/14260 meter persegi. Kos pembinaan masjid ini adalah dalam anggaran RM800,000.00 dari peruntukan dari pihak persekutuan, negeri dan sumbangan korporat dan individu.

Masjid ini melalui fasa pembinaan bemula dengan peruntukan awal sebanyak RM500,000.00 dari kerajaan persekutuan yang mendapat liputan dalam dada akhbar Utusan Malaysia pada 15 Mac 1990. Tapak masjid ini mula diratakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Tuan Haji Nordin Ismail kemudian perletakan arah rasmi kiblat dilakukan oleh Tuan Haji Mohamad Sulaiman iaitu Kadi Ipoh bersama kumpulan Ustaz Haji Osman Aeshad, Haji Mokhtar b. Basirun, Haji Mustapha Pandak Ismail dan kakitangan pejabat tanah Ipoh pada 25 Julai 1991.

Azan Zuhur berkumandang pada tarikh 14 Februari 1993 dan solat Zuhur pertama dilakukan secara berjemaah di Masjid Al Muttaqin ini dan solat Jumaat yang pertama adalah pada 19 Februari 1993 diimamkan oleh Ustaz Haji Zulkarnain Ibrahim dan dikuti kuliah subuh pertama oleh Ustaz Amir Haji Abdul Rahman pada 21 Februari 1993. Seterusnya secara rasminya pihak Jabatan Kerjaraya Kinta menyerahkan kunci Masjid Al Muttaqin ini kepada Dato’ Abdul Latif.

Pembukaan secara rasmi masjid ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibudin Shah, ketika itu selaku Raja Muda Negeri Perak Darul Ridzuan pada tarikh bersejarah iaitu, 30 Oktober 2003.

Pendapat Anda

Hubungi Kami

logo Masjid Al-Muttaqin,
Taman Meru,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
  Tel. : 05-5275159
  E-mel : masjidalmuttaqinmeru*et*gmail.com