PROGRAM QURBAN

Amalan qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam melaksanakan penyembelihan qurban.

Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan alQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah). Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah di Masjid Al Muttaqin, Taman Meru Ipoh.

cf7d51 79663483b0b745a2b01491e65e7bd7cfmv2 cf7d51 6f432c7bd24d48328840ccc277c4e3fdmv2

Pendapat Anda

Hubungi Kami

logo Masjid Al-Muttaqin,
Taman Meru,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
  Tel. : 05-5275159
  E-mel : masjidalmuttaqinmeru*et*gmail.com