VISI DAN MISI MASJID AL MUTTAQIN
VISI : Membina dan memacu masyarakat bertakwa.
Membina dan memacu masyarakat bertaqwa. Visi ini mencabar keupayaan kita bersama kerana sejak para nabi dan rasul diutuskan adalah bertujuan untuk menyampaikan risalah masyarakat bertaqwa, iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan dalam masa yang sama meninggalkan segala larangan Allah. Dua kualiti yang terkandung dalam visi ini ialah membina dan memacu. Membina ada hubungkait dengan strategi mendidik manakala memacu memerlukan unsur-unsur tambahan kecekapan dan keberkesanan strategi untuk mencapai hasrat murni itu.
MISI : Menyediakan kelengkapan dan kemudahan beribadah yang mesra jemaah, menganjurkan pelbagai aktiviti keiluman yang berkualiti, mewujudkan ilkim dan susana masjid yang ceria dan kondusif serta menjana persaudaran yang erat sesama Islam.
Digubal dengan berpaksi kepada mesra jemaah. Bagi mencapai masyarakat bertaqwa kita mesti mewujudkan budaya ilmu. Ibadah tanpa ilmu adalah sia-sia. Oleh itu majlis-majlis ilmu seperti pengajian maghrib, subuh, duha dan asar diadakan, dibanyakkandan ditingkatkan kualitinya. Kita juga berharap pengajian ini pada masa hadapan akan dapat difokuskan kepada kumpulan-kumpulan umum, wanita, remaja dan kanak-kanak. Apabila siap dewan ilmiah nanti adalah diharapkan program yang mantap dan berstruktur akan dapat dilaksanakan. Bagi mencapai masyarakat bertaqwa, kita juga memastikan kelengkapan dan kemudahan untuk beribadah yang mesra jemaah disediakan. Sesuai dengan perkembangan masa kini, Masjid Al-muttaqin tidak ketinggalan untuk menjadikan teknologi maklumat sebagai pemudahcara dalam misi membina ilmu, penyampaian maklumat dan mengeratkan tali persaudaraan.