PENDAHULUAN
Dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W. jelas menunjukkan bahawa masjid berperanan membina dan memacu pembanguanan ketakwaan umat Islam. Masjid juga sebagai lambang keutuhan dan kekuatan umat Islam. Oleh itu masjid perlu ditadbir dan diurus secara berkesan dan berkualiti bagi mencapai matlamad tersebut.
LATARBELAKANG
Dalam kajian-kajian yang dibuat terhadap masjid di Negara kita, didapati masih banyak ruang dan peluang untuk mengangkat masjid sebagai agen perubahan masyarakat Islam. Masjid ditadbir dan diurus untuk perlaksaan Ibadah khusus, majlis-majlis keramaian rutin tahunan serta program atau projek penyelesaian masalah jangka pendek dan berbangkit dari semasa ke semasa.
Majoriti jemaah terdiri daripada para persara atau orang lama dan tidak ramai para belia yang datang berjemaah di masjid kecuali Solat Jumaat.
MASALAH DAN CABARAN
- ​Penyediaan tempat ibadah yang selesa iaitu ruang solat yang teratur, bersih dan kemas, bilik air atau tandas yang bersih dan berfungsi, lanskap masjid yang ceria, kemas dan tenteram.
- Penyediakan program pengukuhan ilmu iatu mengadakan program dan aktiviti pengajian yang teratur dan berkesan yang disampaikan oleh guru-guru yang berwibawa.
- Pengukuhan perana masjid sebagai wadah ikatan silaturahim atau menyambut kehadiran jemaah denga mesra, penganjuran program dan aktiviti kemasyarakatan serta bersedia menerima cabaran dan teguran.
- Peningkatan kecekapan pentadbiran dan pengurusan kewangan, harta dan dana iaitu menyediakan penyata kewangan yang lengkap bulanan dan tahunan, berusaha mengumpul dana melalui proses yang telus dan berkesan.
- Peningkatan usaha-usaha dakwah kepada semua peringkat masyarakat iaitu penyebaran maklumat dengan cara yang terkini, cekap dan berkesan.
- Perlaksanaan pemantauan, penilaian dan tindakan susulan dalam pentadbiran dan pengurusan segala program dan aktiviti secara berkala, berterusan dan sistematik.
"Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan tempat untuk mengeratkan silaturrahim. Dari masjidlah Rasulullah SAW membina masyarakat baru Madinah" |