AHLI JAWATAN KUASA KECIL MASJID AL MUTTAQIN

​Biro Pembangunan dan Penyelengaraan

Bertanggungjawab dalam pembangunan, insfastruktur dan peyelengaran di bawah fungsi-fungsi:

  1. Merancang pembangunan dan keperluan masjid
  2. Berusaha mewujudkan segala kemudahan asas masjid
  3. Menguruskan kerja pengindahan semua bangunan masjid
  4. Megurus kerja-kerja pembaikan, baikpulih dan pembersihan tandas dan seluruh kawasan masjid.
  5. Merekodkan segala kerja pembayaran-pembayaran upahan yang disempurnakan.
  6. Mengawalselia penggunaan dan keselamatan peralatan masjid.
  7. Melakar dan mengurus lanskap sekitar kompleks masjid
  8. Melaksanakan dan menguruskan kerja-kerja pengindahan kawasan Masjid.
  9. Memelihara segala tumbuhan, tanaman dan kehijauan masjid
  10. Mengurus kebersihan dan kekemasan masjid.

Pengerusi: En Abdul Razak b. Hj. Ishak
Setiausaha: En Abdul Khalid bin Saidin
AJK:

  • Hj. Jaafar b. Baharin
  • Hj. Mohamed Rahim b. Mohamad
  • Hj. Muhamad Nawawi b. Yaakob
  • Hj. Zainuddin b. Nali

Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah dan Dakwah

Bertanggungjawab dalam mengimarahan masjid sebagai institusi pendidikan dan dakwah dibawah fungsi-fungsi berikut:

  1. Merangka dan merancang program-program ceramah, kuliah agama (mengikut keperluan) dan menganjurkan kursus.
  2. Memperingati hari-hari kebesaran Islam dan merangka aktiviti yang bersesuaian.
  3. Merangka dan mengedar jadual pengajian dan aktiviti masjid.
  4. Mencari dan memastikan guru-guru agama yang bertauliah atau berkelayakan untuk mengajar di masjid.
  5. Merancang dan melaksanakan aktiviti dakwah dan pendidikan berterusan mengikut keperluan semasa.
  6. Mengurus dan mentadbir perpustakaan
  7. Menyimpan dan merkodkan semua buku-buku dalam perpustakaan dengan selamat.
  8. Menambah stok buku dengan pelbagai displin dan sumber
  9. Menyimpan rekod ahli perpustakaan
  10. Mengumpul, menyusun dan menerbitkan artikal pilihan untuk edaran dan jemaah.

Pengerusi: Hj Shahruddin b. Mat Asyik
Setiausaha: Hj. Muhibuddin b. Hj. Mokhtar
AJK:

  • Ust. Hj. Suparnur b. Mohd Arjor
  • Ust. Hj Yunus bin Hj. Yacob
  • Hj. Mohamad b. Mohd Zin
  • Hj. Roslan b. Mohd. Nor

Biro Ekonomi & Kewangan

Bertanggungjawab dalam Pengumpulan dana/ Pembanguanan Wakaf dan Urusniaga Sewaan. Objektif memastikan masjid mempunyai asset dan sumber kewangan yang mencukupi bagi menjalankan perananya dibawah fungsi-fungsi berikut:

  1. Berusaha mendapatkan bantuan kewnagan daripada berbagai sumber bagi menambah kewangan.
  2. Menimbulkan kesedaran masyarakat untuk menderma.
  3. Membuka akaun dana mengikut keperluan.
  4. Berusaha untuk mendapat tanah wakaf untuk masjid
  5. Berusaha membangukan tanah wakaf yang sediaada samaada dalam bidang pertanian, perumahan dan seumpamanya.
  6. Berusaha membuka minda masyarakat supaya gemar berwakaf.
  7. Mengurus harta wakaf samaada pendaftaran dan pertukaran hak milik.
  8. Mencari peluang perniagaan bagi tanah masjid
  9. Membuka syarikat atau koperasi atas nama masjid untuk melibatkan unit dalam urusan perniagaan serta mengurus sewaan kedia dan rumah sewa.
  10. Berusaha mencari tapak kedai dan rumah untuk tujuan sewa.

Pengerusi: Hj. Rahman b. Ithnin
Setiausaha: Arbain b. Ramli
AJK:

  • Hj. Ali b. Kassim
  • Dato’ Mansor b. Hj. Ahmad
  • Dato’ Hj Mohd. Nor b. Hj. Zainal Ariffin
  • Hj. Jantan b. Mohd Zin

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan

Bertanggungjawab membudaya kerja-kerja amalan kebajikan dan khidmat sukarela untuk manafaat dan faedah masyarakat Islam setempat dan institut masjid digunakan sebagai instrument penyatuan dan perpaduan. Mengetuai dalam unit pengurusan jenazah dan bakti kepada masyarakat. Dibawah fungsi seperti dibawah:

  1. Menyediakan segala peralatan serta kelengkapan jenazah
  2. Memastikan kenderaan dan pemandu siap sedia jika diperlukan
  3. Menyelenggara dan menyimpan rekod perjalanan kereta jenazah
  4. Menyelanggaran kenderaan supaya dalam keadaan yang baik
  5. Mengelola dan majlis korban dan aqiqah
  6. Mengelola dan mengurus majlis jamuan kenduri mengikut amalan masjid
  7. Mengelola dan mengurus more pada bulan ramadhan
  8. Mengelola dan mengurus semua bentuk khidmat bakti masyarakat setempat seperti gotong-royong dan lain-lain
  9. Mengelola dan mengurus tabung kebajikan.

Pengerusi: Hj. Samiun b. Sarif
Setiausaha: En Jamaluddin b. Mahmud
AJK:

  • Hj. Megat Yunus b. Megat Dahlan
  • Hj. Yacob bin Ibrahim
  • Hj. Ishak b. Abu Bakar
  • Hj. Ahmad Sufian b. Mat Ibrahim

Biro Keselamatan

Bertujuan mewujudkan satu sistem keselamatan bagi menjamin kesejahteraan jemaah semasa dan sepanjang mereka berada do kawsan masjid serta menjadikan mereka berada di kawasan masjid serta menjadikannya sebagai tempat ibadah yang selesa. Fungsi dan peranan biro ini diantaranya:

  1. Mewujudkan suasana yang selamat bagi semua pengunjung masjid
  2. Mengurus kawalan harta masjid dan para jemaah
  3. Menasihati pemilik-pemilik kenderaan supaya mengawasi kenderaan dan harta benda masing-masing
  4. Mengatur kedudukan kenderaan mengijkut peraturan dan tidak menghalang laluan keluar masuk

Pengerusi Hj. Jemain b. Min
Setiausaha: Hj. Mat Rashidi b. Hj. Abd Hamid
AJK:

  • Hj. Umar b. Jalil
  • Hj. Kamarudin b. Ahmad
  • Hj. Khadri b. Ismail
  • Hj. Roslan b. Jalaludin

Biro Tugas-tugas Khas

Objektif biro ini memberi keselesaan dan kecerian kepada para jemaah sewaktu berada di persekitaran masjid. Diantara fungsi peranan:

  1. Memastikan semua tugas yang diarahkan dilaksanakan dengan sempurna
  2. Mencari, memikir dan melaksanakan bagaimana untuk menjadikan masjid didimarahkan oleh jemaah
  3. Bersedia membuat sebarang perkerjaan secara sukarela tanpa arahan

Pengerusi: En Ghazali b. Hj. Ismail
Setiausaha: Hj. Aziz b. Harun
AJK:

  • Hj. Uzari b. Mohamad Akib
  • Hj. Syed Samsudin b. Syed Abas
  • En. Wan Yusuf b. Marzuki
  • Hj. Abd. Samad b. Along Mat Yasin

Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga

Ditubuhkan bertujuan membangukan institusi keluarga bahagia berkaitan dengan hal kekeluargaan dan Hal Ehwal Wanita.Fungsi dan perananya diantaranya adalah:

  1. Merancang dan memgelola aktiviti kekeluargaan bagi antara keluarga bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara keluarga dan ahli jemaah serta jiran
  2. Merancang aktiviti cermah keagamaan, sosial, kesihatan dan lain-lain yang berhubung dengan kekeluargaan
  3. Merancang dan mengelola aktiviti yang menjurus kepada pembentukan nilai-nilai di kalangan muslimah
  4. Mengadakan muzakarah dan percambahan minda di kalangan wanita setempat dan merangcang serta melaksanakan kerja-kerja amal di kalangan wanita setempat dan merancang serta melaksanakan kerja-kerja amal dan aktiviti untuk faedah muslimat
  5. Mengurus dan mengelolakan aktiviti lain yang berhubungkait dengan fungsi peranan wanita dalam masyarakat

Pengerusi: Pn Hjh Lily Zaitun Noorazyze bt. Abdul Rahim
Setiausaha: Pn. Hjh Hasni b. Hasan
AJK:

  • Pn Hjh Noraini bt. Afiffin
  • Pn Hjh azmah bt Idris
  • Pn Hjh Nurdimah bt S.T. Harun

Biro Belia

Berperanan dalam melahirkan belia dan kepimpinan belia yang berilmu dan bertakwa. Dibawah adalah peranan yang digembling bagi memantapkan peranan belia di Masjid Al Muttaqin ini seperti:

  1. Merangsang minat belia bagi mendekati masjid dan berjemaah di masjid melalui program dan aktiviti belia
  2. Merancang dan meloaksanakan aktiviti pendidikan sahsiah belia nerasaskan penghayatan ilmu
  3. Lain-lain program dan aktiviti yang boleh menjana belia ke arah kemajuan

Pengerusi: En. Razlan b. Hj. Abu Hashim.

Pendapat Anda

Hubungi Kami

logo Masjid Al-Muttaqin,
Taman Meru,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
  Tel. : 05-5275159
  E-mel : masjidalmuttaqinmeru*et*gmail.com